Kepada adik-adik yang ingin masuk ke masuk ke tingkatan 1 dan 4, permohonan bagi kemasukan MRSM bagi tahun 2021 telah dibuka bermula hari ini. Jika berminat, boleh mula memohon sekarang di pautan disediakan.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah menyediakan sistem pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, invovatif dan berintegriti.

Berbeza pada ambil tahun-tahun sebelum ini yang dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR dan PT3. Tahun ini kedua-dua peperiksaan tersebut telah dibatalkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia bermula pada Mac yang lepas selepas PKP diumumkan.

Justeru, tahun ini kemasukan ke MRSM mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon.

kemasukan mrsm

Sisitem UKKM Digunakan Pakai Bagi Kemasukan MRSM Bagi Tahun 2021

UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian. Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab pula diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Permohonan Kemasukan MRSM Tahun 2021

Jadi jika anda berminat, anda boleh mula memohon bermula 24 Ogos 2020 sehingga 4 Disember 2020. Anda perlu mohon secara online di pautan disediakan dibawah. Permohonan hanya dibuka bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 sahaja untuk tahun 2021.

Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Program MRSM ini, anda boleh pergi ke pautan ewarta mara disini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here