Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pada Khamis, 14 November 2019 yang lepas, pelajar SPM2019 telah menghadapi kertas peperiksaan Matematik Tambahan (Add Math). Jadi kepada pelajar SPM khususnya sains stream dan akaun pastinya mengambil kertas ini pada hari tersebut.

Selepas selesai menjawab kertas Add Math tersebut, rata-rata pelajar tersebut begitu resah dengan soalan yang dikeluarkan. Ianya ditunjukkan ekspresi mereka di laman sosial Twitter dengan #spm2019.

Baca Juga : ‘Melissa Betul-Betul Wujud Rupanya’. Nama Yang Muncul Di Dalam Kertas 2 Bahasa Inggeris, SPM 2019

Mereka membuat ciapan yang mana soalan Add Math pada tahun ini agak sukar. Katanya bagi menjawab satu soalan, ianya mengambil masa yang lama. Jadi rata-rata mereka meluahkan rasa kecewa jika markah yang dikeluarkan kelak tidak seperti yang mereka inginkan.

Petisyen Dibuat Bagi Mengurangkan Markah Lulus Add Math kepada 5%

Sejurus kekecewaan tersebut, nampaknya pelajar SPM2019 telah membuat keputusan dengan membuat petisyen kepada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menuntut supaya markah lulus kertas Add Math diturunkan kepada 5% dan gred 50% untuk markah A+

markah lulus add math
petisyen daripada change.org

Pestisyen yang dibuat di change.org itu sehingga kini telah diisi dan ditandatangani lebih daripada 29,000 responden

Menurut Joseph Tan yang telah membuat petisyen tersebut. Beliau memberitahu pihak Kementerian membuat kerana soalan yang diberi sungguh sukar untuk diselesaikan dan soalan yang diberi juga mengambil masa yang lama.

Disitu juga, ramai responden yang memberikan komen mengatakan permasalahan yang sama dan menuntut markah lulus add math diturunkan kepada 5%.

Menurut laporan thestar, Pengarah Lembaga Peperiksaan, Tuan Haji Adzman Talib memberi tahu dimana setiap soalan yang dikeluarkan adalah berdasarkan kurikulum yang telah pun diajar kepada semua pelajar disekolah terutamanya bagi pelajar SPM2019 ini.

sumber: thestar, era.je

Artikel Berkaitan

1 thought on “Pelajar SPM2019 Menuntut Supaya Markah Lulus Add Math Diturunkan Kepada 5%”

  1. Pingback: Individu Tunjukkan Jawapan Soalan Add Math SPM2019 - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain