Berita baik untuk anak Pahang khususnya dimana anda boleh membuat permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang bagi tahun 2020. Yayasan Pahang (YP) membuka peluang kepada mereka yang layak untuk memohon bagi mendapatkan pinjaman pendidikan untuk pelajar yang belajar di IPTA yang tersenarai.

Isi kandungan

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

YP menyediakan Pinjaman Pendidikan bagi beberapa program yang ditawarkan iaitu :

  • Program A (Diploma Politeknik)
  • Program B (Ijazah Sarjana Mudah)
  • Program C (Sarjana/Kedoktoran
  • Program D (Belajar Di KUIPSAS)

Anda sudah boleh membuat permohon bermula 14 Disember hingga 3 Januari 2020 di pautan di bawah

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan Pahang di ruangan khidmat atas talian dengan memilih ikon SISPEN.
  2. Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke YP beserta dokumen dokumen yang berkaitan sebelum atau pada 3 JANUARI 2020 (JUMAAT).

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut : –
    • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur, ATAU
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah
    • Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
  3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
  4. Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikut kategori seperti di atas

Syarat Utama Mengikut Program

Program A (Diploma Politeknik)

Program Sepenuh Masa. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian (Semester 02 dan ke atas) di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja.

Program B (Ijazah Sarjana Muda)

Ijazah Sarjana Muda di IPTA bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (TAHUN PERTAMA) seperti berikut :-

  • Farmasi
  • Kejuruteraan & Teknologi
  • Ekonomi & Kewangan Islam
  • Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan
  • TESL
  • Pertanian dan Industri Halal
  • Pelancongan & Warisan

Syarat Lain :

  • Bagi kategori ini, pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi/Asasi ATAU STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas.
  • Memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysian University English Test (MUET).

Pelajar perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)

Program C (Sarjana/Kedoktoran)

Separuh Masa atau Sepenuh Masa. Sarjana/Kedoktoran di IPTA yang memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda/Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas.

Pelajar perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN

Program D (Belajar Di KUIPSAS)

Separuh Masa atau Sepenuh Masa. Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)

Pelajar perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan :

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-518 1800 Faks: 09-518 1888
(Cik Norma Isna Hernanny Binti Musa / Pn Zakiah Binti Saleh /
Pn Rohana Binti Khamdan)
Laman Web : www.yp.org.my | E-mel : ypahang@yp.org.my

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here