advertisement

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, semua taska, sekolah dan universiti ditutup bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Perintah ini bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang semakin buruk ketika ini di Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan oleh PM Ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac 2020 bersama-sama dengan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Perintah Kawalan Pergerakan

Dengan pengumuman ini, kesemua Taska, Sekolah dan IPT di seluruh negara diarahkan tutup bagi mengelakkan penularan wabak semakin buruk. Selain daripada bidang pendidikan, terdapat banyak lagi sektor yang disenaraikan ditutup sehingga tarikh yang diberitahu.

Perintah Kawalan Pergerakan

Terdapat 7 intipati daripada Perintah Kawalan Pergerakan ini yang akan bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967

Pertama

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup

Kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua

Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

Baca Juga : Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal Tahun 2020 (Labuan)

Ketiga

Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. Maka tiada mereka yang akan memasuki Malaysia selama perintah kawalan pergerakan diadakan.

Keempat

Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti

Kelima

Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

Keenam

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu

  • Air
  • Elektrik
  • Tenaga
  • Telekomunikasi
  • Pos
  • Pengangkutan
  • Pengairan
  • Minyak
  • Gas dan bahan api
  • Pelincir
  • Penyiaran
  • Kewangan
  • Perbankan
  • Kesihatan
  • Farmasi
  • Bomba
  • Penjara
  • Pelabuhan
  • Lapangan terbang
  • Keselamatan
  • Pertahanan
  • Pembersihan
  • Peruncitan dan
  • Bekalan makanan

Jadi bagi pelajar sekolah dan universiti khususnya, jika ianya ditutup, diingatkan supaya sentiasa berada di rumah atau jauh daripada kawasan yang sesak dengan orang ramai supaya tiada jangkitan berlaku.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari.

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here