advertisement

Kini tahun 2020 sudah menjelma dan pastinya persekolahan juga sudah bermula bagi semua sekolah di seluruh negara termasuk tingkatan 4. Jika pada Disember yang lepas, semakan kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh sudah pun dibuka, kini giliran semakan untuk kemasukan ke Tingkatan 4 pula di SBP.

Baca Juga : Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2020

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan informasi dimana bagi pelajar yang telah mohon bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2020, anda boleh semak tawaran tersebut pada bermula Januari 2020.

tingkatan 4 sbp

Semakan Kemasukan Tingkatan 4 SBP Tahun 2020

Anda boleh mula buat semakan bermula 8 Januari 2020 hingga 13 Januari 2020. Untuk membuat semakan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2020, anda boleh klik pautan di bawah atau pergi ke https://sst4.moe.gov.my

Tahniah diucapakan kepada adik-adik yang berjaya memasuki SBP bagi tahun 2020 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4. Jika anda tidak berjaya, mungkin rezeki anda bukan di SBP tetapi di tempat lain. Yang penting gembirakan kedua ibubapa kita terutamanya di dalam pembelajaran.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here