advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan dimana STPM dan SPM ditunda ke suku pertama bagi tahun 2020. Keputusan ini selari dengan saranan KKM yang mahu mengelakkan penjarakkan sosial.

Baca Juga : Pengajian Program Matrikulasi Semester 2 Dibatalkan

Jawapan akhirnya telah terjawab bagi beberapa peperiksaan besar yang mungkin berlangsung bagi sesi 2020 ini. Dibawah KPM, terdapat peperiksaan besar bagi sekolah menengah seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan juga bagi sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan menengah rendah bagi Penilaian Tingkatan Tiga (PT3)

STPM Dan SPM Ditunda

spm dibatalkan

SPM dan SVM 2020 yang sepatutnya berlangsung pada suku ke-4 tahun 2020, telah diumumkan akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Manakala bagi peperiksaan STPM Semester 2 ditunda kepada Julai atau Ogos 2020 manakala Semester 3 ditunda kepada suka pertama tahun 2021 juga. STAM juga akan ditundakan dalam suku pertama tahun 2021.

UPSR Dan PT3 Dibatalkan

Selain daripada pengumuman tersebut, Menteri Pendidikan juga memberitahu, peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan. Jadi peperiksaan ini tidak akan diadakan pada tahun 2020 ini.

Manakala sekolah pula akan dibuka semula sehingga akan diberitahu kelak. Tarikh akan dikeluarkan 2 minggu selepas pembukaan sekolah selepas mendapat pandangan dan nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelak.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here