Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, MAIDAM telah membuka permohonan bagi bantuan awal pengajian IPTA/IPTS dan Dermasiswa/Bantuan Am IPTA/IPTS. Jadi kepada anak Terengganu khususnya, jika anda layak anda sudah boleh mohon sekarang.
Antara objektif bantuan-bantuan ini disalurkan adalah :
- Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara
- Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
- Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan

Isi kandungan
Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS
Jika anda sudah mendapat tawaran untuk memasuki mana-mana IPTA atau IPTS, anda boleh mula memohon melalui pautan yang disediakan dibawah
- Isi semua maklumat berkaitan
- Cetak borang permohonan
- Serahkan borang permohonan beserta semua dokumen yang disahkan ke pejabat MAIDAM mengikut daerah masing-masing
Syarat Permohonan Bantuan Awal Pengajian
- Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri
- Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
- Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap/bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
- Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah.
- Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
- Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA
- Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.
- Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
- Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan.
- Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
Baca Juga : Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) untuk keluarga B40 Daripada YAPEIM
Permohonan Dermasiswa/Bantuan Am IPTA/IPTS
Ini pula bagi permohonan Dermasiswa atau Bantuan Am kepada pelajar IPTA dan IPTS daripada MAIDAM dalam kategori Fisabilillah. Anda boleh mula membuat permohonan sekarang di pautan dibawah
- Isi semua maklumat berkaitan
- Cetak borang permohonan
- Serahkan borang permohonan beserta semua dokumen yang disahkan ke pejabata MAIDAM mengikut daerah masing-masing atau Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi MAIDAM
Syarat Permohonan Dermasiswa
- Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
- Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Penghulu / Y.B.
- Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.
- Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.
- Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
- Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.
- Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .
- Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan Dermasiswa boleh pergi ke pautan www.espmb.com/maidam_zakat/DS_Syarat.aspx
Jadi jika anda ada sebarang kemusykilan berkaitan bantuan zakat daripada MAIDAM ini, anda boleh terus pergi ke pautan www.espmb.com/maidam_zakat/ dan Facebook Rasmi MAIDAM www.facebook.com/maidamterengganu/