advertisement

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri telah mengumumkan senarai Barisan Kabinet bagi membantu beliau dalam pentadbiran selepas ini.

Senarai tersebut telah pun dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebelum ini dan telah mendapat perkenan baginda.

“Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat” – Ujar PM

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa YB. Dato’ Dr. Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Pelantikan ini dibuat bersama seorang Timbalan Menteri iaitu YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad.

Diharapkan dengan pelantikan beliau semula, Institusi Pengajian tinggi akan terus cemerlang dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Untuk rekod, Dr. Noraini Ahmad pernah meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi sebelum tampuk kepimpinan Perdana Menteri bertukar sebelum ini

Dapatkan senarai penuh Barisan Kabinet disini.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here