advertisement

KPM memaklumkan dimana guru yang enggan divaksin atau masih belum menerima vaksin Covid-19 terlibat dalam sesi pengajaran di dalam kelas serta berinteraksi secara bersemuka dengan pelajar.

Mengambil petikan astroawani, keputusan ini diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin supaya sesi persekolahan yang akan dibuka kelak (3 Oktober) selamat untuk kumpulan pelajar, guru dan pihak pengurusan sekolah.

BACA : Pembukaan semula sesi persekolahan adalah pada 3 Oktober 2021 secara berperingkat – Dr Radzi Jidin

Tambah lagi beliau, setakat ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenal pasti sekitar 2,500 guru yang enggan menerima vaksin di seluruh Malaysia.

Keengganan tersebut atas faktor kesihatan serta sebab-sebab lain seperti tidak yakin dan sebagainya.

sekolah ditutup

Disebabkan itu, KPM akan melaksanakan sesi libat urus bersama guru-guru tersebut selain perbincangan bersama JPA dalam masa terdekat dalam menentukan tindakan yang sewajarnya diambil ke atas mereka.

KPM ketika ini juga sedang meniliti panduan, kaedah dan tugasan yang akan dilakukan guru-guru berkenaan ketika sesi persekolahan berlangsung kelak.

Setakat ini, sebanyak 96.7% guru di seluruh Malaysia telah menerima vaksin dos pertama manakala 85.26% telah menerima suntikan dos kedua.

Manakala 89.35% dalam kalangan pekerja perkhidmatan sokongan seperti pengusaha kantin, pekerja pembersihan dan keselamatan yang telah menerima suntikan dos pertama, manakala 73.1% menerima dos kedua.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here