Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penutupan semua institusi pendidikan di seluruh negeri Sabah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Penutupan ini berkaitan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan berkuatkuasa pada 13 Oktober 2020 di seluruh negeri Sabah dan pada 14 Oktober 2020 di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Penutupan Semua Institusi Pendidikan Di Sabah

Disebabkan itu, semua institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM termasuk tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional dan Intitut Pendidikan Guru (IPG) dalam negeri Sabah ditutup bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020.

Keputusan penutupan ini melibatkan 1336 buah institusi dengan sejumlah 511,349 murid dan pelajar.

BACA : Penutupan 298 Sekolah Di Kawasan Zon Merah Di Daerah Petaling

Penutupan Semua Institusi Pendidikan Di Selangor, KL dan Putrajaya

Manakala bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, semua tadika, skeolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan IPG yang berdaftar dibawah KPM akan ditutup mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

Kesemua ini melibatkan 1088 institusi pendidikan dan sejumlah 935,984 murid dan pelajar.

Oleh itu, ibu bapa boleh mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang. Jika tidak, mereka juga boleh terus kekal berada di asrama yang mana mereka akan berada di bawah penjagaan warden asrama. Keperluang makan dan minum juga akan disediakan oleh pihak institusi pendidikan.

Jika ibu bapa ingin ambil dalam tempoh PKPB, mereka perlulah memaklumkan terlebih awal bagi pihak pentadbir akan mengeluarkan surat kepada ibu bapa. Maka segala sesi pengajaran dan pembelajaran adalah di rumah.

sumber : kementerian pendidikan malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here