Anda sedang mencari laptop terbaik bawah RM2000 dengan mengikut bajet yang anda ada. Ada boleh tengok sini senarai 5 laptop terbaik untuk student universiti bagi tahun 2020.
BACA : 5 Laptop Terbaik Harga Bawah RM1500 Untuk Tahun 2021 Sesuai Untuk Pelajar
Student universiti sekarang kebanyakan assignment yang diberi perlukan menaip di komputer. Sebenaranya anda boleh sahaja guna komputer di library tetapi mungkin anda ingin dapatkan sebuah laptop bagi keperluan ini, rasanya bajet RM200 ini sudah cukup cantik.
Dengan bajet ini anda boleh dapatkan sebuah laptop terbaik bawah RM2000 dengan menggunakan processor yang baik. Iaitu sebuah jantung kepada sesebuah laptop.
BACA : Cara Install Font Jawi Di Komputer Dengan Mudah
Tetapi dengan bajet ini, sudah tentu anda tidak mampu untuk dapatkan sebuah laptop yang berkuasa, tetapi keperluan seseorang pelajar itu pasti dapat dipenuhi. Sekadar untuk buat assignment, presentation, buat excel, install software ringan dan juga main game yang ringan-ringan sahaja.
Jadi jika anda ingin dapatkan sebuah laptop untuk keperluan anda di universiti untuk tahun 2020 ini, anda boleh tengok senarai 5 laptop terbaik bawah RM2000 yang anda boleh dapatkan dibawah.
Isi kandungan
5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Untuk Tahun 2020
1Dell Inspiron 14 (3467)

Laptop dikuasakan dengan Intel i3 sudah cukup baik dengan bajet bawah RM2000 ini. Selain itu, laptop ini juga memberikan memori sehingga 1TB yang membolehkan anda menyimpan banyakkkkk file didalamnya. Tak perlu lagi beli external hard disk pun. Selain itu, ianya menggunakan 4-cell battery yang memberikan ketahanan bateri yang baik
Processor | Intel® Core™ i3-6006U |
Saiz Skrin | 14.0-inch HD |
Graphic | Intel HD Graphic |
Memory | 1TB HDD |
RAM | 4GB DDR4 (2-slots) |
Bateri | 40 WHr, 4-Cell Battery (Boleh Dicabut) |
2HP Laptop 15s (du1036TU)

Reka bentuk cantik nampak profesional disamping warna silver yang sangat elegen. Nampak seperti anda seorang yang bekerjaya tetapi masih seorang student universiti. Laptop HP ini memberikan skrin yang besar sehingga 15.6 inci, sekali gus memudahkan urusan pekerjaan anda lagi-lagi berkaitan presentation.
Processor | Intel® Core™ i3-10110U |
Saiz Skrin | 15.6-inch |
Graphic | Intel® UHD Graphics |
Memory | 256GB SSD |
RAM | 4GB DDR4 (2-slots) |
Bateri | 45W,3-Cell Battery |
3Acer Aspire 5 (A514-53-32TN)

Sebuah lagi laptop yang dikuasakan dengan Intel i3 disamping Intel UHD Graphics yang memberikan pengalaman yang baik kepada pelajar yang menggunakannya. Setakat nak install Adobe Photoshop, Illustrator, microsoft office semua tu celah gigi je. Selain itu, ianya menggunakan SDD yang pasti lebih baik daripada HDD dari segi kelajuan.
Processor | Intel® Core i3-1005G1 |
Saiz Skrin | 14-inch HD Slim Bezel |
Graphic | Intel® UHD Graphics 620 |
Memory | 256GB SSD |
RAM | 4GB DDR4 (2-slots) |
Bateri | 40W,3-Cell Battery |
4Asus Laptop 14 (M409B-ABV087T)

Sebuah laptop cantik daripada Asus yang sedikit berlainan dengan dikuasakan oleh AMD A9-9425. Tak cukup dengan itu, grafik yang ditawarkan AMD Radeon R4. Boleh dah main game sikit-sikit ni. Tapi jangan lupa tujuan asal berada di universiti iaitu untuk belajar. Jika anda ingin dapatkan laptop terbaik bawah RM2000, mungkin ini antara pilihannya.
Processor | AMD® A9-9425 Processor |
Saiz Skrin | 14.0-inch LED-backlit HD |
Graphic | AMD Radeon R4 |
Memory | 256GB SSD |
RAM | 4GB DDR4 (2-slots) |
Bateri | 2-Cell 32 Wh Battery |
5Acer Swift 1 (SF114-32-P660)

Akhir sekali adalah daripada Acer. Dari segi performance, ianya hanya dikuasakan dengan Intel Pentium iaitu kurang sedikit daripada Intel i3 tetapi ianya memberi kepuasan kuasa bateri yang katanya mampu bertahan sehingga 17 jam. Bateri dengan ketahanan yang baik ini, sangat diperlukan oleh seorang pelajar universiti bagi menyiapkan kerja dan assignment yang diberi.
Processor | Intel® Pentium® Silver N5000 |
Saiz Skrin | 14.0-inch display with IPS |
Graphic | Intel® UHD Graphics 605 |
Memory | 256GB SSD |
RAM | 4GB DDR4 |
Bateri | 3-Cell Li-ion 54 Wh Battery (est 17 hours) |
Dah jumpa laptop yang memenuhi citarasa anda? Supaya garis panduan memberi pilihan khususnya kepada golongan guru, pensyarah dan pelajar yang memerlukan laptop dibawah bajet RM2000