Malaysia akan hilang daripada peta dunia menjelang tahun 2050 mengikut perkongsian yang ditulis daripada Twitter Centre for Governance and Political Studies. Perkongsian ini bukan semata sekadar pandangan tetapi ianya diambil daripada data coastal.climatecentral.org.
Sebahagian Malaysia akan tenggelam menjelang tahun 2050 akibat daripada kenaikan paras air laut dan pastinya menenggelamkan daratan yang rendah suatu hari nanti. Fenomena ini sedang pun berlaku kerana berlaku kecairan ais di kutub utara akibat daripada pemanasan global.
Akibat daripada tangan-tangan manusia juga, bumi kini semakin sakit diusia tuanya. Katanya usia bumi kini lebih 4 juta tahun. Jika tidak terus dijaga pastinya akan memberi kesan yang lebih buruk di masa akan datang.
Hasil kajian daripada peningkatan paras air laut ini adalah menggunakan model CoastalDEM iaitu suatu pengukuran yang lebih tepat berbanding Shuttle Radar Topography Mission (SRTM). Dengan hasil kajian inilah, dimana ada bandar-bandar utama di beberapa negeri di Malaysia akan tenggelam seperti di negeri Pahang, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan sebagainya.
Antara Kawasan Yang Terjejas Akibat
- Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
- Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap

- Alor Setar menjadi sebuah pulau

- Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau

- Muar tenggelam
- Bandar Melaka juga terkesan

- Pekan juga akan tenggelam

- Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau

- Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam

- Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
- KLIA bertempat di sebelah pantai
Jika dilihat banyak kawasan di perairan pantai akan tenggelam menjelang tahun 2050. Jika perkiraan dan kajian ini benar, lagi 30 tahun pastinya Malaysia akan berlaku perubahan jika ianya dilukis semula di atas peta dunia.
Jadi, kita sebagai penghuni bumi ini, jagalah ianya sebaik mungkin. Kurangkanlah aktiviti yang boleh merosakkan alam sekitar. Didik generasi yang baru supaya tidak merosakkan bumi kita ini. Sebagai muslim juga, sentiasalah berdoa supaya apa yang dikhabarkan Malaysia akan hilang menjelang tahun 2050 ini tidak akan terjadi.
sumber : hellokerja.com
[…] Baca Juga : Malaysia Akan Hilang Daripada Peta Dunia Menjelang Tahun 2050. Biar Betul? […]