Jangan terlepas kepada adik-adik yang berminat. Permohonan kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah MRSM bagi kemasukan Tahun 2021 kini sudah dibuka sehingga 4 Disember 2020.
Kemasukan ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 adalah berdasarkan merit melalui Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM). Ianya berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan tahun ini.
BACA : Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA (Gred DG41) Terbaru
Tetapi pengambilan masih dibuat. Jadi jika berminat untuk memasuki MRSM, anda boleh mula memohon sekarang mengikut kemasukan tingkatan iaitu Tingkatan 1 atau Tingkatan 2 bagi tahun 2021.
Isi kandungan
Permohonan Kemasukan MRSM (Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4) Tahun 2021
Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM Tahun 2021 sudah pun dibuka sehingga tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Disember 2020.
Anda perlulah teliti terlebih dahulu panduan dan syarat kemasukan sebelum membuat permohonan. Klik butang permohonan Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 yang disediakan dibawah.
Calon perlu daftar sebagai pengguna dengan masukkan no. kad pengenalan, no telefon dan emel dan tetapkan kata luluan. Kemudian isi maklumat peribadi calon, ibu bapa/penjaga, pendapatan, pilihan program & MRSM dan pilihan pusat ujian.
Calon perlu melengkapkan semua bahagian dan halaman. Setelah siap, sila tekan butang Hantar dan Cetak permohonan sebagai rujukan
Permohonan Tingkatan 1 MRSM

Untuk memohon kemasukan Tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2021, anda boleh mohon secara online dengan klik pautan dibawah
Terdapat 6 Program MRSM yang disediakan untuk Tingkatan 1 antaranya ialah :
- Premier
- Ulu Albab
- IGCSE
- IB MYP
- Teknikal
- PKP
Jadi anda perlu piliha salah satu program MRSM ini bagi kemasukan Tingkatan 1. Kemudian pilih lokasi MRSM yang bersesuai dengan program yang anda pilih.
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
- Mestilah memohon online
- Sihat tubuh badan
- Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus
- Pencapaian akademik yang cemerlang
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit
- Syarat khusus ditetapkan bagi setiap program. Untuk ketahui syarat tersebut, boleh layari https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Permohonan Tingkatan 4 MRSM

Untuk memohon kemasukan Tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2021, anda boleh mohon secara online dengan klik pautan dibawah
Terdapat 6 Program MRSM yang disediakan untuk Tingkatan 4 antaranya ialah :
- Premier
- Ulu Albab
- IGCSE
- IB MYP
- Teknikal
- PKP
Jadi anda perlu piliha salah satu program MRSM ini bagi kemasukan Tingkatan 4. Kemudian pilih lokasi MRSM yang bersesuai dengan program yang anda pilih.
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
- Mestilah memohon online
- Sihat tubuh badan
- Calon kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.
Syarat Khusus
- Pencapaian akademik yang cemerlang
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Keutamaan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
- Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit
- Syarat khusus ditetapkan bagi setiap program. Untuk ketahui syarat tersebut, boleh layari https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
Jika berjaya, panggilan UKKM serta tawaran akan dihantar melalui SMS dan emel.
Sebarang maklumat lanjut, sila emel kepada pengambilanmrsm@mara.gov.my atau hubungi talian berikut: 03 2613 4531/32/33/17/16/78/34494