Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
kpm

Telah dijadualkan dimana pada 12 Jun sehingga 30 Ogos 2019 diadakan Peperiksaan Amali dan Diploma The Associated Board of The Royal Schools of Music (ABRSM).

Kita sedia maklum dimana pada 30 Julai 2019 ini merupakan hari kelepasan Am tambahan bagi seluruh negara sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15. Jadi pada hari tersebut merupakan hari cuti.

peperiksaan amali dan diploma abrsm

Peperiksaan Amali Dan Diploma ABRSM Tetap Diteruskan

Jadi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa Peperiksaan Amali dan Diploma ABRSM yang jatuh pada 30 Julai 2019 akan tetap diteruskan mengikut jadual.

[Sudah Baca?] Sekolah Di Negeri Pahang Cuti Pada 29 Julai 2019

Peperiksaan ini melibatkan 25,530 calon dan 175 petugas peperiksaan di seluruh negara dengan tambahan pemeriksan dari luar negara yang telah dilantik oleh pihak ABRSM, justeru peperiksaan ini tidak dapat ditangguhkan.

Keputusan ini dibuat demi menjaga jalinan kerjasama antara KPM dan pihak ABRSM dan juga menjaga kepentingan calon Malaysia yang telah mendaftar.

Jadi kepada semua calon peperiksaan Amali dan Diploma ABRSM dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan seperti dijadualkan.

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain