Untuk makluman, permohonan bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru KPM bagi sesi ambilan 2021 kini telah dibuka sehingga 15 April 2021.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018, 2019 dan 2020 yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Selain itu, KPM juga mempelawa warganegara Malaysia lulusan SPM tahun 2020 sahaja yang berkelayakan untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke luar Negara.

Isi kandungan
Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Tahun 2021
Permohonan ke Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) bagi sesi ambil 2021 boleh dibuat secara dalam talian (online) tanpa melalui UPUOnline dengan layari laman web KPM atau klik pautan dibawah mulai 15 Mac hingga 15 April 2021
Syarat Dan Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah; dan
- Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
Sekolah Kebangsaan (SK)
BIL | BIDANG PENGKHUSUSAN | BIL | BIDANG PENGKHUSUSAN |
1 | Bahasa Melayu Pendidikan Rendah | 9 | Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah |
2 | Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) | 10 | Pendidikan Islam Pendidikan Rendah |
3 | Matematik Pendidikan Rendah | 11 | Pendidikan Awal Kanak Kanak |
4 | Sains Pendidikan Rendah | 12 | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran |
5 | Sejarah Pendidikan Rendah | 13 | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran |
6 | Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah | 14 | Pendidikan Khas Masalah Penglihatan |
7 | Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah | 15 | Bimbingan dan Kaunseling |
8 | Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah | 16 | Bahasa |
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
BIL | BIDANG PENGKHUSUSAN | BIL | BIDANG PENGKHUSUSAN |
1 | Bahasa Melayu Pendidikan Rendah | 9 | Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah |
2 | Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) | 10 | Pendidikan Islam Pendidikan Rendah |
3 | Matematik Pendidikan Rendah | 11 | Pendidikan Awal Kanak Kanak |
4 | Sains Pendidikan Rendah | 12 | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran |
5 | Sejarah Pendidikan Rendah | 13 | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran |
6 | Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah | 14 | Pendidikan Khas Masalah Penglihatan |
7 | Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah | 15 | Bimbingan dan Kaunseling |
8 | Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah | 16 | Bahasa Cina Pendidikan Rendah |
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
BIL | BIDANG PENGKHUSUSAN | BIL | BIDANG PENGKHUSUSAN |
1 | Bahasa Melayu Pendidikan Rendah | 9 | Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah |
2 | Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) | 10 | Pendidikan Islam Pendidikan Rendah |
3 | Matematik Pendidikan Rendah | 11 | Pendidikan Awal Kanak Kanak |
4 | Sains Pendidikan Rendah | 12 | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran |
5 | Sejarah Pendidikan Rendah | 13 | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran |
6 | Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah | 14 | Pendidikan Khas Masalah Penglihatan |
7 | Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah | 15 | Bimbingan dan Kaunseling |
8 | Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah | 16 | Bahasa Tamil Pendidikan Rendah |
Untuk maklumat lanjut dan segala butiran berkaitan PISMP, boleh pergi ke laman web KPM www.moe.gov.my/iklan-pismp-dan-ppc-2021
Permohonan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) Tahun 2021
Untuk permohonan calon guru bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PCC) boleh dibuat bermula 15 Mac hingga 15 April 2021 dengan klik pautan dibawah
Syarat Dan Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 sahaja
Bidang Pengajian Yang Ditawarkan
Bidang Bahasa Arab (Lughah)
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM.
Bidang Pengajian Islam
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang (A-) dalam manamana mata pelajaran termasuk tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut; bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Tasawwur Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Maharat Al-Quran, Hifz Al-Quran, Turath Al-Quran dan Al-Sunnah, Turath Dirasat Islamiah, Usul Al-Din, Al-Syariah, Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah, Turath Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Al-Adab Wa AlBalaghah DAN
- Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (C) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Sejarah di peringkat SPM
Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Untuk maklumat lanjut dan segala butiran berkaitan PPC, boleh pergi ke laman web KPM www.moe.gov.my/iklan-pismp-dan-ppc-2021