advertisement

Hari ini, Menteri Kanan Pendidikan mengumumkan tarikh pembukaan penuh sekolah bagi murid selain daripada tingkatan 5 dan tingkatan 6 adalah pada 15 Julai 2020 (Rabu) dan 22 Julai 2020 (Rabu).

Hari ini juga genap seminggu sesi persekolahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini (SPM, SVM, STAM, STPM) yang mula bersekolah pada 24 Jun yang lepas.

BACA : Pindaan Takwim Persekolahan 2020, Cuti Dikurangkan Daripada 42 Hari Kepada 14 Hari Sahaja

Hari ini, Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin telah mengadakan sidang khas bagi Pembukaan Semua Sekolah untuk murid bukan kelas Peperiksaan Awam. Ini berikutan, kes penularan COVID-19 yang kini semakin perlahan dijangkiti di dalam komuniti. Jadi pihak KPM telah membuat keputusan untuk pembukaan penuh sekolah.

Jadi bagi memulakan sesi persekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakannya secara berperingkat iaitu berdasarkan nasihat KKM dan MKN.

Tapi bagaimana cara dan situasinya?

Sesi Pembukaan Penuh Sekolah

sekolah di selangor di tutup
sumber : media selangor

Seperti yang diumumkan di dalam sidang media tersebut, sesi pembukaan penuh sekolah akan berlangsung seperti berikut:

  • Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 4 dan Kelas Peralihan) – Rabu, 15 Julai 2020
  • Sekolah Rendah (Tahun 5 dan Tahun 6) – Rabu, 15 Julai 2020
  • Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga Tahun 4) – Rabu, 22 Julai 2020

Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenal pasti 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuian dan situasi di sekkolah masing-masing.

Ini kerana, ruang dan kapasiti setiap sekolah adalah berbeza. Jadi pengoperasian sekolah perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan berbeza mengikut kapasiti dan keupayaan masing-masing.

sekolah dibuka

Model Pertama (Model Satu Sesi)

Model ini ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, setelah mengambil kira penjarakan sosial

Model Kedua (Model Dua Sesi)

Model ini ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial

Model Ketiga (Model Penggiliran)

Model ini ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi. Kebanyakan sekolah di dalam kategori ini adalah sekolah yang terletak dalam kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

Takwim Persekolahan

Seperti yang dimaklumkan bagi sesi pembukaan penuh sekolah, tarikh pembukaan tersebut terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar denean KPM.

Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.

Selain itu, pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya boleh dibuka semula bermula Rabu, 15 Julai 2020.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here