Beberapa Institut Pengajian Tinggi telah mengumumkan tarikh Konvokesyen Universiti untuk tahun 2020. Kali ini pastinya majlis istiadat berlainan daripada tahun-tahun sebelum ini disebabkan pandemik yang berlaku.
Setiap tahun, kebiasaanya IPT Awam dan Swasta akan mengadakan majlis konvokesyen bagi meraikan bakal graduan yang telah tamat belajar bagi semua peringkat pengajian sama ada Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah, PhD dan sebagainya.
Setiap tahun juga, pasti meriah dengan beberapa acara sebelum majlis konvoksyen universiti diadakan. Tetapi pada tahun ini, nampaknya tidak seperti tahun sudah. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPP kini negara mesti mengamalkan normo kehidupan yang baru dan antaranya tidak berada di tempat yang sesak atau ramai orang seperti majlis Konvokesyen.
Tapi masih ada universiti yang ingin meneruskan majlis ini dan pastinya mengikut segala SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN.

Tarikh Konvokesyen Universiti Bagi Tahun 2020
Universiti | Tarikh | Catatan |
---|---|---|
Universiti Malaya, UM Ke-60 | 17 Oktober 2020 | Dalam skala kecil |
Universiti Sains Malaysia, USM Ke-58 | Ditangguhkan | |
Universiti Teknologi Malaysia, UTM Ke-64 | 24-28 Oktober 2020 | Ditangguhkan Ke 2021 |
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM Ke-36 | ||
Universiti Utara Malaysia, UUM Ke-33 | ||
Universiti Malaysia Pahang, UMP Ke-15 | ||
Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS Ke-24 | ||
Universiti Malaysia Sabah, UMS Ke-22 | Ditangguhkan | |
Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI Ke-22 | ||
Universiti Sains Islam Malaysia, USIM Ke-18 | Ditangguhkan | Diadakan Pada 6-8 April 2021 |
Universiti Putra Malaysia, UPM Ke-44 | ||
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Ke-48 | 7-10 November 2020 | Ditangguhkan Ke 2021 |
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM Ke-16 | ||
Universiti Malaysia Perlis, UniMAP Ke-15 | 7-10 November 2020 | Ditangguhkan Ke 2021 |
Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA Ke-12 | ||
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM Ke-11 | ||
Universiti Malaysia Terengganu, UMT Ke-18 | ||
Universiti Malaysia Kelantan, UMK Ke-10 | ||
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM Ke-20 | 7-9 November 2020 | Ditangguhkan |
Universiti Teknologi MARA, UiTM Ke-92 | 7 November 2020 – 9 Januari 2021 | Dibuat secara janji temu |
*tarikh rasmi bagi universiti lain akan di kemaskini dari semasa ke semasa