Berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, pelajar yang berada di kampus diminta untuk terus kekal berada di lokasi masing-masing.

Sebelum ini, ada pihak yang menyarankan supaya pelajar yang terkandas di kampus dan universiti supaya dibawa pulang ke kampung masing-masing kerana sudah dikuarantin selama 14 hari di lokasi masing-masing.

Baca Juga : Bantuan One-Off PRIHATIN Bagi Pelajar IPT Diperluaskan Dan Dipercepatkan

Justeru itu, pihak KPT telah bermesyuarat dengan pelbagai pihak berkaitan perkara ini adakah selamat untuk membawa pulang pelajar-pelajar ke kampung masing-masing.

Pelajar Diminta Untuk Terus Berada di Kampus

Dilaporkan, kini terdapat 80,000 pelajar yang berada di kampus masing-masing susulan pelaksanaan PKP fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini.

Mengikut nasihat dan sarana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), KPT membuat keputusan agar pelajar terus kekal berada di kampus dan lokasi masing-masing sehingga arahan terbaharu dikeluarkan dari masa ke semasa.

Pada masa yang sama, Kementerian ingin menasihatkan pelajar supaya terus mengambil langkah pencegahan seperti mencuci tangan, memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

di kampus

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here