advertisement

Kini telah dibuka permohonan bagi biasiswa dan pinjaman Yayasan TNB. Yayasan Tenaga Nasional Berhad mempelawa kepada pelajar yang berminat untuk memohon mendapatkan biasiswa dan juga pinjaman pelajaran.

Yayasan Tenaga Nasional (YTN), yang ditubuhkan sebagai badan amanah untuk TNB, terus memastikan inisiatif dan usaha tanggungjawab korporat syarikat dipenuhi melalui biasiswa dan pinjaman belajar kepada pelajar yang layak.

Yayasan Tenaga Nasional terus memainkan peranannya dalam membiayai bantuan kewangan dan biasiswa untuk membantu pelajar-pelajar cemerlang dan layak melanjutkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi baik di dalam dan di luar negara.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa YH2 Capital Kepada Pelajar Malaysia

Yayasan TNB membuka tawaran kepada yang layak bagi memohon sama ada Biasiswa Pengajian atau Pinjaman Pelajaran.

Bantuan Pendidikan Yayasan TNB

Untuk ketahui Bantuan Pendidikan yang mana anda layak untuk memohon sama ada Biasiswa atau Pinjaman Yayasan TNB anda perlulah masukkan keputusan peperiksaan SPM anda di bahagian Qualification Review di halaman Yayasan TNB

Biasiswa Yayasan TNB : https://ytn.tnb.com.my/scholarships.html
Pinjaman Yayasan TNB : https://ytn.tnb.com.my/loans.html

Biasiswa Yayasan TNB

yayasan tnb

Bagi Biasiswa Yayasan TNB, mereka menawarkan bagi 3 peringkat pengajian iaitu:

  • Asasi & Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan UNITEN dan Universiti Luar Negara
  • Pre Intake (Sabah & Sarawak) bagi kemasukan UNITEN dan Universiti Luar Negara
  • Ijazah Sarjana Muda bagi Universiti Awam

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan kelayakan dan program pengajian yang ditawarkan anda boleh pergi ke bahagian Requirements di pautan dibawah:

Permohonan Biasiswa Yayasan TNB

Jadi kepada yang berminat untuk memohon Biasiswa Yayasan TNB anda boleh membuat permohonan bermula daripada 17 September – 26 September 2019 di pautan:

Pinjaman Pelajaran Yayasan TNB

yayasan tnb

Bagi pinjaman pelajaran Yayasan TNB, mereka juga membuka bagi 3 peringkat program iaitu :

  • Asasi & Ijazah Sarjana Muda hanya di UNITED
  • Diploma bagi UNITEN dan mana-mana Universiti Awam
  • Ijazah Sarjana Muda bagi UNITEN dan mana-mana Universiti Awam

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan kelayakan dan program pengajian yang ditawarkan bagi Pinjaman Pelajaran, anda boleh pergi ke bahagian Requirements di pautan dibawah:

Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan TNB

Bagi yang berminat untuk memohon Pinjaman Yayasan TNB, anda sudah boleh membuat permohonan bermula 17 September – 26 September 2019 di pautan:

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here