Baru-baru ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan Pakej Pelan Data & Peranti serta bantuan tunai RM50 sehingga semua pelajar baru Institusi Pendidikan Tinggi.

Pelajar universiti antara yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19. Sebelum ini seperti dijadualkan, pelajar baru akan mula mendaftar di kampus untuk sesi 2020/2021 bermula Oktober. Tetapi disebabkan gelombang ke-3 COVID-19, kesemua pendaftaran bersemuka terpaksa ditangguhkan serta merta. Hanya pendaftaran secara online sahaja diteruskan.

Justeru itu, kesemua pelajar kanan dan juga pelajar baru akan memulakan sesi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah secara online sahaja iaitu di rumah.

BACA : Cara Mohon Bantuan One-Off RM50,Pakej Pelan Data & Kad Sim dan Peranti (Laptop) Untuk Pelajar IPT

Disebabkan itu juga, ramai pelajar yang terkesan dengan keputusan ini. Ada yang mereka terpaksa pulang semula ke kediaman, ada yang tiada wang untuk pulang dan terpaksa meminjam dan sebagainya. Alhamdulillah ramai mereka yang berbesar hati dan simpati nasib mahasiswa dan ramai tampil untuk membantu.

Dengan itu juga, KPT terpanggil untuk menyantuni para pelajar IPT dengan menawarkan pelbagai bantuan dan inisiatif yang mampu memberikan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta seimbang dengan pendekatan PdP secara dalam talian.

Bantuan Tunai RM50 Untuk Pelajar Baru

Antara yang terkesan dengan pengumuman penangguhan kemasukan sebelum ini adalah pelajar baru yang merupakan pengalaman pertama kali untuk menyambung pengajian di puncak menara ilmu.

Justeru itu, bagi meringankan beban pelajar, KPT menawarkan Pemberian Bantuan Tunai sebanyak RM50 kepada semua Pelajar Baharu Sesi 2020/2021 dengan jumlah 76, 153 pelajar yang keseluruhannya bernilai RM3.8 juta.

bantuan tunai rm50

Bantuan Pelan Data Kepada B40 Dan Pakej Pelan Data Interaktif Istimewa Kepada Semua Pelajar IPT

Inilah sesi pembelajaran norma baharu dimana sesi PdP dilakukan secara online sepenuhnya. Dengan itu, pastinya sambungan internet sangat penting bagi pelajar. Oleh itu, KPT menawarkan bantuan pelan data dan pakej pelan data interaktif istimewa.

Dengan tawaran ini, seramai 320,396 pelajar menerima bantuan dalam bentuk sim kad atau tunai/baucer daripada dengan jumlah peruntukan sebanyak RM24 juta.

225,784 simkad percuma dengna pelan data khusus kepada pelajar dan 94,612 bantuan secara tunai bagi pelajar melanggani pelan data.

Bantuan Peranti (Laptop) Kepada Golongan B40 (Bersasar)

Atas sumbangan Dana Universiti Awam, Tabung Haji, Yayasan, Tabung Kebajikan Pelajar, Zakat, Wakaf dan beberapa sumber lain, KPT juga mengumumkan bantuan peranti (komputer riba) kepada pelajar B40 bersasar.

Seramai 8965 pelajar telah menerima dan akan menerima bantuan dalam bentuk peranti atau bantuan kewangan sama ada baucer/tunai bagi membantu pelajar dalam proses PdP secara online dengan jumlah peruntakan RM13 juta. Mungkin cara mohon akan diumumkan kelak oleh pihak universiti atau ianya diberi mengikut merit.

Tabung Prihatin Siswa

Dalam itu juga, KPT telah melancarkan Tabung Prihatin Siswa bagi memastikan kelangsungan dan kemampuan untuk pelajar-pelajar ini meneruskan PdP secara online.

Sumbangan ini akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Anda boleh salurkan bantuan seperti maklumat dikongsikan dibawah

Maybank
5660 1062 2566

bantuan tunai rm50

Diharap dengan pelbagai bantuan, bantuan tunai RM50 dan inisiatif lain ini memberikan kebaikan kepada pelajar untuk teruskan sesi PdP sehinggalah kampus dibuka semula untuk kemasukan. Berdoa juga supaya COVID-19 dapat dikawal dengan lebih baik sehingga ianya hilang dari Malaysia.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here