advertisement
Home Blog Page 5

Semakan Keputusan UPU 2021 Lepasan SPM Boleh Disemak Bermula 16 Julai 2021

0
upuonline

Bagi lepasan SPM 2020 yang telah memohon kemasukan ke Universiti Awam, anda semua boleh buat semakan keputusan UPU 2021 bermula 16 Julai 2021.

Pengumuman ini dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) sudah boleh mula di semak.

BACA : UPUOnline Dibuka Semula, Kemaskini Bermula 15 Jun

Selain itu juga, semakan bagi melanjutkan pengajian ke Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Senibina UiTM bagi sesi Akademik 2021/2022 juga boleh mula buat semakan

Semakan Keputusan UPU 2021

keputusan upu

Semakan keputusan boleh disemak secara dalam talian (online) mulai jam 12 tengahari 16 Julai 2021 melalui link berikut:

Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 17 Julai hingga 26 Julai 2021 di laman web IPTA dan ILKA yang disenaraikan.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 17 Julai 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari.

Permohonan Rayuan Boleh Dibuat Dalam Tempoh 11 Hari

permohonan rayuan upuonline

Hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program Sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.

Permohonan rayuan mestilah dibuat dalam tempoh 11 hari mulai 16 Julai 2021 hingga 26 julai 2021 secara online melalui link dibawah:

Manakala bagi rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi no. telefon di 03-8870 6765/6769/6121/6751/6774 atau emel kepada upu@mohe.gov.my

Kedai Komputer, Kedai Buku & Alat Tulis Dibenarkan Beroperasi Bermula 16 Julai Ini

0
kedai buku kini dibuka

Kerajaan hari ini, melalui Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan dimana kedai komputer & telekomunikasi, kedai buku dan kedai alat tulis dibenarkan beroperasi berkuatkuasa 16 Julai 2021 sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengumuman ini dibuat menerusi kenyataan media harian yang dikeluarkan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas sidang khas MKN berlangsung.

Kita sedia maklum, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, cara pembelajaran harian dan institusi kini mempraktikkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Selain itu, kebenaran beroperasi ini juga dibuat selepas mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan.

Kebenaran Pergerakan Dari Kawasan PKPD Untuk Mengambil Peperiksaan

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.

Pengambilan Khas PISMP Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 Dibuka Bermula 16 Julai Ini

0
mohon pismp malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan pengambilan khas PISMP dengan Keputuan Ambilan Fasa 2 bagi tahun 2021.

Bagi mereka yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam, boleh mula mohon bagi Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 bermula 16 Julai ini.

Ambilan Calon Guru Tajaan KPM kali ini adalah bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekoleh Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Pengambilan ini juga bagi lepasan SPM (2018, 2019 & 2020) yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan juga Sijil Unified Examination Certification (UEC).

Pengambilan Khas PISMP, Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan

pengambilan khas pismp fasa 2 2021
  • Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah
  • Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu;
    • Sejarah; dan
    • Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan.

Bidang Pengkhususan Bagi Pengambilan Khas

Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pendidikan Muzik (SK)
  • Pendidikan Islam (SK/SJKC/SJKT)
  • Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL) (SK)
  • Sains Pendidikan Rendah (SK)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

*Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Cina diperingkat SPM

  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Bimbingan Dan Kaunseling (SJKC)
  • Matematik Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKC)
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKC)
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKC)
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKC)
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Sains Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC)
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC) -Tahap Satu

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

*Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Tamil diperingkat SPM

  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Bimbingan Dan Kaunseling (SJKT)
  • Matematik Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SJKT)
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SJKT)
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SJKT)
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SJKT)
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Reka Bentuk Dan Teknologi Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Sains Pendidikan Rendah (SJKT)
  • Sejarah Pendidikan Rendah (SJKT)

Cara Permohonan

Permohonan bagi pengambilan khas PISMP Fasa 2 boleh dibuat bermula 16 Julai hingga 22 Julai 2021 yang boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal PISMP atau klik link dibawah

Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.

Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

Tarikh Penting

AktivitiTarikh
Semakan calon layak eUKCG23-24 Julai 2021
Pelaksanaan eUKCG Online23-24 Julai 2021
Semakan Keputusan eUKCG27 Julai-4 Ogos 2021
Penyediaan rakaman video pengajaran dan video kecergasan fizikal dan tarikh akhir hantar rakaman video27 Julai-4 Ogos 2021
Semakan tawaran27 Ogos 2021
Pendaftaran ke IPG Kampus6 September 2021

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi no telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769 atau emel di jpp@ipgm.edu.my

Video Call Berkumpulan Menggunakan Telegram. Ini Caranya!

0
video call

Telegram baru sahaja memperkenalkan fungsi terbaru iaitu ciri Video Call secara berkumpulan. Jadi selain daripada aplikasi Whatsapp, Zoom Meeting, Google Meet dan kini Telegram juga boleh digunakan untuk video call secara berkumpulan.

Ini sekali gus boleh menjadikan alternatif kepada perisian atau aplikasi lain yang sedia ada. Telegram sama seperti perisian lain dimana mempunyai limitasi tetapi paling penting ianya adalah percuma.

BACA : PdPR Akan Berlangsung Selama 25 Hari – Dr. Radzi

Antara ciri Video Calls Berkumpulan daripada Telegram adalah seperti berikut:

  • Mulakan sidangan video daripada Group
  • Terhad untuk 30 orang sahaja dalam satu-satu masa
  • Berbual tanpa video dengan bilangan peserta tanpa had

Jadi untuk guru-guru yang mempunyai bilangan murid seramai 30 orang atau kurang, mungkin alternatif menggunakan Telegram ini untuk anda bagi melangsungkan sesi PdPR. Anda boleh guna di smartphone mahupun di komputer atau laptop.

Cara Menggunakan Fungsi Video Call Berkumpulan Di Telegram

Kepada yang berminat untuk mencuba, Arisya Adam daripada group facebook – TcherCollection ada kongsikan cara dan tutorial menggunakan Video Call Berkumpulan di telegram

1Kemaskini Aplikasi Telegram

Setiap pengguna mestilah update Telegram terlebih dahulu kepada versi terbaru sama ada di smartphone, tablet atau di komputer.

2Create New Group

Kemudian anda boleh create new group atau menggunakan group sedia ada.

3Jemput Peserta

Invite dahulu peserta atau siapa-siapa kedalam group yang telah dibuat sebentar tadi.

4Klik Titik 3

Kemudian klik pada titik 3 yang berada di atas kanan dan klik “Start Voice Chat”.

Sebelum masuk ke langkah ini, tekan dahulu nama group baru keluar langkah ini.

5Klik Start Voice Chat

Klik nama group dan “Start Voice Chat”

6Mula Video Call Secara Berkumpulan

Siap untuk untuk dimulakan kelas PdPR anda.

Jadi selepas ni cikgu-cikgu atau mana-mana pensyarah boleh pula menggunakan aplikasi Telegram untuk proses pelajaran dan pembelajaran secara online di rumah ini.

Keputusan STAM 2020 Diumumkan Pada 17 Jun Ini

0
keputusan stam

Untuk makluman kepada semua calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, keputusan STAM 2020 akan diumumkan pada 17 Jun 2021 (Khamis) mulai 10.00 pagi bagi seluruh Malaysia.

BACA : Jadual Penuh Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Bermula 29 Mac Ini

Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui satu hantaran kenyataan media yang dikeluarkan dan dikongsikan di laman media sosial facebook serta twitter rasmi KPM.

Cara Semak Keputusan STAM 2020 Pada 17 Jun Ini

Disebabkan sekolah masih ditutup, KPM telah menyediakan 2 kaedah untuk para pelajar membuat semakan iaitu secara dalam talian (online) dan perkhidmatan SMS:

  1. Keadah secara dalam talian (online) boleh di buat di pautan myresult1.moe.gov.my dan juga myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.
  2. Kaedah secara perkhidmatan SMS adalah untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2020 iaitu dengan cara:
    • STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886

Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 17 Jun 2021 dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 23 Jun 2021

Calon Yang Tidak Mempunyai Capaian Internet

Jika ada calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Manakala untuk calon persendirian, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

UPUOnline Dibuka Semula, Kemaskini Bermula 15 Jun

0
keputusan upuonline

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk membuka semula permohonan UPUONline bagi permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti adn Institusi Latihan Kemahiran Awam bagi lepasan SPM sesi akademik 2021/2022

Bagi yang terlepas pendaftaran UPUOnline sebelum ini yang telah tutup pada 7 April yang lalu, permohonan baru boleh dibuat mulai 15 Jun 2021 (12.00 tengah hari) hingga 21 Jun 2021 (5.00 petang).

Keputusan ini dibuat bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan sebelum ini.

Permohonan ini bagi kemasukan pelajar lepasan SPM ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Intitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Permohonan Baru Dan Kemaskini UPUOnline Bermula 15 Jun 2021

mohon baru upuonline

Bermula 15 Jun ini juga, bagi lepasan SPM yang telah memohon sebelum ini, mereka boleh buat kemaskini bagi pilihan program pengajian sehinggalah tarikh tutup pada 21 Jun 2021 (jam 5.00 petang)

Jadi kepada lepasan SPM, boleh melayari portal rasmi UPUOnline di upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan baru atau membuat kemaskini dengan membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA yang berkaitan.

KPT berharap dengan keputusan ini dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian.

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Kini Dibuka

0
yayasan bank rakyat

Berita baik untuk lepasan SPM, Yayasan Bank Rakyat ini telah membuka permohonan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk tahun 2021. Jika layak dan berminat, boleh mohon sekarang.

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) daripada Yayasan Bank Rakyat ini dibuka kepada pemohon dalam golongan susah dan memerlukan. Ianya bagi menampung kos perbelanjaan ketika belajar sekali gus mengurangkan beban kewangan ketika sambung belajar di universiti.

BACA : Biasiswa, Pinjaman, Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) boleh berubah kepada Biasiswa Penuh atau pengurangan bayaran balik. Kesemuanya bergantung kepada keputusan akhir peperiksaan atau CGPA bagi setiap peringkat pengajian.

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Untuk Tahun 2021

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat ini dibuka kepada 2 peringkat iaitu peringkat pertama dan kedua dan ianya berbeza mengikut peringkat pengajian

Peringkat Pertama (Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran, Diploma)14 Jun hingga 30 Julai 2021
Peringkat Kedua (Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Sijil Profesional)14 Ogos hingga 30 September 2021

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal Yayasan Bank Rakyat (YBR) di www.yayasanbankrakyat.com.my kemudian klik pada banner PPBU YBR dan tekan pada butang Register untuk buat permohonan.

pembiayaan pendidikan boleh ubah ybr

Bidang Pengajian

PPBU YBR ini terbuka kepada semua IPTA dan IPTS dalam semua bidang pengajian kecuali Perubatan dan Aviation (License)

Akan tetapi, keutamaany diberi kepada bidang pengajian berikut :

  • Akaun
  • Banking
  • Business Management
  • Human Resources
  • Ekonomi
  • Media Communication
  • Law
  • Actuarial Science

Syarat Permohonan

Syarat AM

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
  • Hanya terbuka kepada pelajar sepenuh masa di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia
  • Terbuka kepada bidang pengajian yang diiktiraf oleh JPA, MQA

Syarat Khusus (Peringkat Pertama)

Sijil Kemahiran
  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Lulus SPM sekurang-kurangnya 2 kredit termasuk Bahasa Malaysia
  • Tempoh pengajian tahap 1 kepada tahan 3 (bergantung kepada institusi)
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun
Diploma Kemahiran
  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Mestilah sekurang-kurangnya memili tahap 2 ATAU lulus SPM (sekuran-kurangnya 2 kredit termsauk Bahasa Melaysia) ATAU peroleh CGPA Sijil Kemahiran 2.75 dan ke atas
  • Tempoh pengajian adalah 3 tahun
  • Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun
Diploma
  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Lepasan SPM yang peroleh sekuran-kurang 5A
  • Tempoh pengajian adalah 3 tahun atau 6 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000)

Syarat Khusus (Peringkat Kedua)

Ijazah Sarjana Muda
  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Peroleh minimum CGPA 3.0 pada peringkat Diploma atau Matrikulasi atau STPM atau Jayyid Jiddan/Mumtaz bagi peringkat STAM
  • Tempoh pengajian adalah 4 tahun / 8 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500)
Sarjana
  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Pemohon mesti peroleh CGPA 3.00 dan keatas bagi peringkat Ijaza Sarjana Muda
  • Tempoh pengajian adalah 2 tahun / 4 semester
  • Jumlah Pembiyaan : Maksimum RM12,000 setahu
Sijil Profesional
  • Rakyat Malaysia
  • Pelajar sepenuh masa
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
  • Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
  • Pemohon mestilah peroleh CGPA 3.0 dan keatas bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  • Tempoh pengajian adalah 2 tahun / 4 semester
  • Jumlah Pembiayaan : Sehinga RM28,500 untuk 2 tahun

Nilai Pembayaran Semula

Seperti yang diberitahu, pembayaran semula bagi PPBU YBR ini bergantung kepada CGPA atau keputusan peperiksaan akhir. Berikut merupakan peratusan pembayaran semula mengikut CGPA

CGPADiskaun% Pembayaran Balik
3.50 – 4.00100%0% (Biasiswa)
3.33 – 3.4990%10%
3.00 – 3.3280%20%
2.75 – 2.9950%50%
2.50 – 2.7430%70%
< 2.500%100%

Anda boleh rujuk laman web Yayasan Bank Rakyat untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Pembiyaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk tahun 2021

Biasiswa JPA – Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ) Tahun 2021 Kini Dibuka

0
biasiswa jpa

Bagi yang berminat, JPA telah menawarkan Biasiswa JPA bagi mengikuti Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) untuk tahun 2021 bagi calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 sebelum ini.

Tawaran ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains & teknologi dan sains sosial di negera Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negera-negara berkenaan.

Biasiswa JPA – Permohonan Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ) Tahun 2021

Syarat Umum

Calon yang berminat mestilah penuhi syarat-syarat yang disediakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
  • Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat pertama kali;
  • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti yang dipaparkan. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pautan disini.

Mekanisme Perjanjian Pinjaman

Antara terma ikatan perjanjian JPA adala seperti berikut :

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman

Cara Buat Permohonan

Permohonan telah pun dibuat iaitu bermula 10 Jun 2020 hingga 23 Jun 2021 selama 14 hari. Anda boleh buat permohonan secara dalam talian (online) di portal esila JPA atau klik pautan dibawah

Calon dibenarkan untuk mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Untuk secara pertanyaan berkaitan program tajaan ini, anda boleh emel kepada lepasanspm2021@jpa.gov.my atau layari laman web esilav2.jpa.gov.my.

Selain itu, anda juga boleh buat sertai seso soal jawab secara langsung yang diadakan setiap hari dari jam 10.00 – 11.00 pagi dan 2.30 – 3.30 petang di meet.google.com/axz-ojpu-fwe

Tarikh-Tarikh Penting

AktivitiTarikh
Permohonan dibuka19 Jun 2021
Permohonan ditutup23 Jun 2021
Semakan Panggilan SAC1 Julai 2021
Tempoh SAC5 – 9 Julai 2021
Jangkaan Keputusan30 Julai 2021

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama 3 Bulan

0
pinjaman ptptn

Disebabkan masih ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan ‘Total Lockdown’, PTPTN hari ini bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pemimjam yang layak selama 3 bulan.

Keputusan ini diambil kerana Kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman lagi-lagi yang terkesan dengan kehilangan pekerjaan atau gaji dipotong dan sebagainya.

Jika sebelum ini Kerajaan ada mengangguhkan bayaran balik PTPTN iaitu mulai 19 Mac hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam. Kemudian diberi penagguhan khas bayaran balik kepada peminjam PTPTN yang terkesan selama 3 bulan juga di antara Januari hingga Mei 2021.

Peminjam yang layak memohon adalah :

  • Peminjam yang terjejas pendapatan ATAU
  • Peminjam yang kehilangan pendapatan

Cara Buat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Bagi Yang Terkesan

ptptn

Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui Portal Rasmi PTPTN mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021 dengan klik pautan dibawah.

Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan (jika lulus bulan Julai, akan berakhir pada September)

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi PTPTN di talian 03-2193 3000 setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ikuti Kami

1,000FansLike
100FollowersFollow
286FollowersFollow

Artikel Viral

Artikel Rawak

Instagram

Error decoding the Instagram API json